Sunday, March 30, 2008

Renungan bangsa...


Orang seberang sudah lama ketawa...mereka sudah berjaya. Malaysian-Malaysia dipinta kini mula menjadi menjadi nyata. Dulu Melayu berjuang bermati-matian...untuk menegakkan hak bangsa dan ibunda, mungkinkah ini akan hilang dengan begitu sahaja?

Friday, March 28, 2008

Puteri Bera kesal kebiadaban terhadap Sultan Pahang


Hati ini geram membaca pendedahan oleh blogger Another Brick in the Wall yang tersiar dalam blog Kak Pah Kepo hari ini.

Rasa terharu mendapati seorang anak gadis yang menggelar dirinya seorang puteri Pahang jati begitu mengambil berat ke atas apa ayang berlaku terhadap sultan yang disayanginya itu. Terharu dan berbangga kerana masih ada anak muda yang memegang kepada kesetiaan kepada raja sebegitu kental...

Petikan blognya seperti berikut:

Nampaknya sikap keterbukaan, tolak ansur serta pembuktian demokrasi masih hidup di Malaysia telah disalaherti oleh sesetengah pihak.

Angin perubahan menerusi suara rakyat yang dicetuskan melalui peti undi pada 8 Mac lalu digunakan mereka yang menganggap kemenangan pembangkang melalui suara hati sebahagian besar rakyat sebagai pasport untuk menunjukkan taring dan membalas dendam.

Segelintir manusia ini melepaskan geram tak kena tempat sehinggakan DYMM Sultan Pahang sendiri didiskriminasikan.

Laporan insiden yang melampau itu tersiar dalam blog Another Brick in the Wall Voice (klik di sini untuk membacanya).

Sebagai anak seorang puteri Pahang jati dari kawasan Bera, saya tidak sampai hati mendengar Sultan yang amat disayangi rakyat ini diperkecilkan sebegitu rupa.

Saya berharap agar pihak Penerbangan Malaysia mengambil berat perlakuan krew pesawat syarikat tersebut.

Saya juga berharap tindakan tidak bertamaddun yang dipamerkan dalam insiden itu tidak memberi isyarat kepada segelintir golongan yang begitu ego ini naik tocang berikutan perubahan yang berlaku di Malaysia di atas nama keutuhan demokrasi sebenar.

Tuesday, March 25, 2008

Pemilihan UMNO tidak patut ditunda


Dipetik dari blog Lenggong Valley


Jawatankuasa perhubungan UMNO negeri yang berjumpa dengan Pak Lah hujung minggu lalu sekata meminta supaya pemilihan parti ditunda ke tahun hadapan.

Rasional yang diberikan kerana khuatir jika diadakan pada Ogos ini ia mungkin memudaratkan parti. Sehubungan itu mereka berpendapat fokus sekarang ini patut ditumpukan kepada usaha memulihkan UMNO.

Komen Blogger:

Yang nyata UMNO amat memerlukan pemulihan segera. Sebarang penyakit sebaik-baiknya dikesan, dikenalpasti dan diubati pada peringkat awal.

Masalah yang dihadapi UMNO memang ketara sekali kini dan sememangnya perlu diadakan perbincangan dan pemilihan seberapa segera. Ini kerana pemilihan melalui pilihan raya parti adalah di antara satu-satunya ubat yang mujarab untuk UMNO.

Bukankah langkah perubatan melalui pemilihan awal satu cara ideal bagi memulihkan UMNO?

Sunday, March 23, 2008

Pengundi Melayu terlanjur


Ramai orang Melayu mengundi pembangkang dalam PRU 12, tetapi ia tidak bermakna mereka mengundi menentang keistimewaan dan hak mereka sebagai Bumiputera. Kedua-duanya masih menebal kekal di hati hampir semua orang Melayu (dalam apa jua bentuk dan perspektif).

Oleh itu sebarang cubaan untuk memansuh atau menghadkan semua keistimewaan orang Melayu akan menyaksikan masyarakat Melayu menentang habis-habisan.

Bagaimanapun, apabila berlaku ancaman seperti yang timbul kini, orang Melayu mula menyesal kerana keterlanjuran mereka menggugat dan melemahkan pesada kuasa ibunda hingga membawa kepada keadaan sekarang.

Dalam pada itu jari-jari masih menuding ke arah hanya seorang sebagai penyebab kekalahan di lima negeri selain kemerosotan di negeri-negeri lain. Mereka yang menuding jari hanya nampak akan kesilapan seorang tetapi begitu liat melihat kepada diri sendiri.

Ini boleh dibandingkan dengan tindakan positif bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon yang akur dengan kekalahan dirinya, Gerakan dan BN.

Beliau tidak segan melihat kepada realiti sambil mengakui sikap keangkuhan dan kelemahan menangani keresahan rakyat punca sebenar tamparan hebat yang diterima.

Saturday, March 22, 2008

Anwar & BR Kidding the Malays?


The statement by Tan Sri Khalid Ibrahim on the NEP is alienating the Malays.

He probably kids himself into thinking his ASN & ASB has done wonders. Has it really? There are millions of poor Malays and pribumis still.

Can PKR /DAP help these poor natives without NEP? Some poor Malays reject development, prefering to remain poor...but they forget there is AIDs, drugs, free sex, Mat Rempit, crime, etc. Its so convenient to blame UMNO but the highest incidence of AIDS is on the East Coast!

If PKR and the Barisan Rakyat dont watch out, they can fast lose Malay support, and thats only in hardly 2 weeks.

Anwar may turn from a hero to an anti-hero. If Wan Azizah were to step down and Anwar were to stand in a bye-election, would the Malays show their disappointment by not voting him? Or can he still fool the sleeping Malays? Who is educating the Malay natives to know the real world?

Anwar & BR perlu hadapi kenyataan


 

Kenyataan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai DEB jelas akan merenggangkan dirinya daripada orang Melayu. Apakah dia ingat semua orang mempercayai yang kejayaan ASB dan ASN benar-benar mengkagumkan? Apakah itu benar?

Masih terdapat berjuta orang Melayu dan pribumi yang miskin. Apakah PKR dan DAP dapat membantu kesemua anak watan ini tanpa DEB (NDP)?

Ada sesetengah orang Melayu yang miskin menolak DEB dan lebih rela meneruskan hidup dalam kemiskinan...tetapi mereka lupa terdapat AIDS, dadah, seks bebas, Mat Rempit, jenayah dan lain-lain.

Memang mudah menyalahkan UMNO, tetapi statistik jangkitan AIDS tertinggi di Malaysia ialah di Pantai Timur Semenanjung!

Sekiranya PKR dan Barisan Alternative (BR) tidak berhati-hati, kedua-duanya boleh kehilangan sokongan daripada orang Melayu dengan cepat.

Daripada seorang hero Anwar boleh menjadi seorang anti-hero. Dan jika Wan Azizah mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada suaminya dalam pilihan raya kecil, apakah orang Melayu akan menunjukkan kemarahan dengan cara tidak mengundinya?

Atau apakah Anwar merasakan dirinya masih boleh memperdayakan orang Melayu yang masih tidur? Siapakah yang akan mendidik orang Melayu untuk mengenali dunia sebenar?

Pak Lah, Pokoknya Niat...


Sekarang, persoalannya ialah sama ada iklim segar yang dibawa kabinet baru akan memungkinkan Pak Lah membukti prestasi kepemimpinan sebenar dalam usaha mentransformasikan kerajaan (khususnya BN dan UMNO) pada penggal keduanya.

Dalam menangani persoalan ini, Pak Lah juga perlu menyedari akan faktor-faktor lain yang sedang berlaku, terutama :

  1. Faktor Anwar, iaitu kemungkinan berlakunya pilihan raya kecil dan kembalinya ke Parlimen; Potensi kemantapan pakatan di antara DAP, PKR dan PAS di bulan-bulan akan datang;

  2. Keretakan dalam UMNO yang semakin meluas

Kesemua elemen ini, jika mampu meraih tenaga, boleh menyukar atau menggagalkan segala usaha Pak Lah membina dan seterusnya mendefinasikan semula corak Kerajaan.

Seperti pepatah Inggeris,"Jalan ke arah kemusnahan selalunya berturapkan niat yang baik."