Thursday, December 13, 2007

ISA ke atas pemimpin HINDRAF

Dari blog Publius Melayu

Lima pemimpin Hindu Rights Action Force (HINDRAF) diberkas dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mereka ialah P. Uthayakumar, M. Manoharan, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar.

Tindakan yang disokong sebahagian besar rakyat Malaysia ini dianggap bertepatan sekali walaupun dikira agak lewat setelah tercetus beberapa insiden pada minggu-minggu sebelumnya.

Seperti telah diagak, penggunaan ISA ke atas kumpulan lima orang pemimpin HINDRAF ini dengan secepat kilat dipergunakan sepenuhnya oleh pihak pembangkang termasuk penyokong-penyokong mereka yang bertopengkan aktivisme hak asasi manusia dalam pelbagai jelmaan.

Dengan menyorot penahanan di bawah ISA sebagai sesuatu yang sentiasa mencengkam kebebasan rakyat, pembangkang meriah menggunakan tindakan tersebut sebagai peluru baru dalam serangan terhadap negara.

Tidak kira sama ada terdapat undang-undang yang lebih serius menidakkan hak asasi manusia seperti Patriot Act di Amerika Syarikat dan beberapa undang-undang lain termasuk yang masih berkuat kuasa di Britain, pihak pembangkang tidak akan mempertikaikannya. Pada mereka yang sentiasa dilihat sebagai pincang, tidak adil dan keterlaluan ialah apa saja tindakan yang digunakan oleh kerajaan bagi menjamin keselamatan di Malaysia.

Monday, December 10, 2007

Anwar detained at KLIA not true!

From Publius Melayu blog

I have just been informed by some reliable sources that Datuk Seri Anwar Ibrahim was never detained at the KLIA Immigration checkpoint. His disappearance from the area was actually because he went to the washroom for about an hour!

Oh boy, Nik Nadzmi must have been highly-strung to spin such a story for his master.

Sunday, December 9, 2007

Renung Sejarah Sebelum Bersuara


KEDANGKALAN memahami sejarah negara menjadi antara sebab segelintir rakyat negara ini sanggup melakukan tindakan membabi buta di luar lunas budaya Malaysia tanpa sedikit pun memikirkan sensitiviti kaum lain yang bukan saja telah berkorban malah bersedia menyerahkan sebahagian hak mereka demi memastikan perpaduan kaum terus utuh dan semua kaum dapat menikmati kehidupan dalam suasana damai.

Demonstrasi jalanan anjuran segelintir kaum India yang kononnya berasakan kaum mereka ditindas dan seterusnya meminta gantirugi daripada Kerajaan British yang membawa mereka ke sini, tidak lebih daripada wayang kulit yang didalangi sekumpulan ahli politik muflis.

Berbanding dengan rakan mereka di Fiji, Uganda, Kenya, Zimbabwe, kaum India di negara ini seharusnya bersyukur kerana berada di sebuah negara yang kaum pribuminya begitu pemurah dan paling bertolak-ansur. Mereka bukan saja diberikan pelbagai keistimewaan dari segi peluang pekerjaan, malah di bidang pendidikan dan ekonomi ada kalanya mereka lebih terkehadapan berbanding orang Melayu.

Seawal tahun 1816, kaum India berpeluang memasuki sekolah yang mana Penang Free School dibuka dan kelas Tamil ditumpangkan di situ. Dengan wujudnya Malacca Free School, VI, King Edward antara 1826 dan 1906, kelas Tamil juga diwujudkan. Pada 1850, Anglo Tamil School diwujudkan di Melaka. Malah hampir di setiap estet, sekolah Venekular Tamil diwujudkan bagi menampung kaum India yang tinggal di sekitar ladang.

Malangnya bagi kaum peribumi, hanya pada tahun 1856, iaitu selepas 40 tahun kaum lain menikmati kemudahan, barulah dua sekolah Melayu diwujudkan dengan serba kekurangan sekadar membasmi buta huruf. Kaum India boleh meneruskan pendidikan hingga ke peringkat Overseas School Certificate yang kemudian boleh menyambung pelajaran ke King Edward Medical College ataupun ke Raffles College malah boleh meneruskan pendidikan ke Britian atau ke Australia, sedangkan pelajar Melayu hanya ke peringkat darjah empat.

Terkecuali Malay College yang ditubuhkan pada 1905, peluang pelajar Melayu hanya terbuka pada 1930 apabila dasar British membenarkan pelajar Melayu ke sekolah Inggeris. Itu pun terhad kepada segelintir pelajar di bandar dan daripada keluarga elit. Tidak hairanlah, antara 1919 hingga 1937 hanya 15 peratus pelajar Melayu di sekolah Inggeris berbanding 35 peratus India dan 50 peratus Cina. Fakta begini seharusnya difahami sebelum melakukan tindakan melulu dan membabi buta.

Penjajah British mengenakan pelbagai jenis peperiksaan bertujuan menyekat pelajar Melayu ke peringkat lebih tinggi seperti Peperiksaan Memasuki Sekolah Menengah, Junior Middle Certificate, Overseas School Certificate dan Queen School Certificate yang hanya mampu dicapai oleh pelajar di bandar besar yang majoritinya Cina dan India. Rata-rata keluarga mereka bertugas dengan pentadbir British atau pun menjadi peniaga.

Bagi pelajar luar bandar terutama dari negeri Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan serta Johor, peluang yang ada hanya di madrasah yang banyak ditubuhkan selepas 1906 oleh golongan muda seperti Syed Syeikh Al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin yang peluang kerjanya begitu terhad. Akibatnya jurang ekonomi antara kaum pendatang dan orang Melayu menjadi begitu ketara. Ini ditambah pula dengan dasar British yang tidak membenarkan pembabitan Melayu dalam industri menanam getah dengan berbagai-bagai sekatan serta pengwujudan pelbagai akta termasuk Akta Tanah Rezab Melayu yang bertujuan memastikan Melayu terus tinggal di kampung menanam padi yang mana hanya cukup untuk kegunaan sendiri.

Dasar membenarkan penubuhan Sekolah Venekular Cina dan Tamil pada peringkat Sekolah Rendah oleh Penjajah British adalah sikap tolak ansur yang tidak dilakukan di mana-mana negara lain. Hanya pada tahun 1958 selepas 142 tahun kaum Cina dan India menikmati peluang ke peringkat menengah, barulah Sekolah Menengah aliran Melayu pertama diwujudkan iaitu Sekolah Alam Shah pada tahun 1963 dan hanya pada tahun 1968, kumpulan dari aliran Melayu pertama keluar dari Universiti Malaya.

Untuk rekod juga, hanya pada tahun 1967 selepas Institut Teknologi Mara (ITM) ditubuhkan barulah orang Melayu mendapat peluang ke peringkat yang lebih tinggi, selepas 151 tahun kaum Cina dan India yang berasakan mereka ditindas menikmati peluang pendidikan tinggi. Tidak hairan, antara tahun 1964 dan 1970 hanya 119 siswazah Melayu lulus dari Fakulti Sains Universiti Malaya berbanding kaum Cina dan India. Seharusnya mereka yang menggelar diri mereka profesional ini lebih sensitif dengan fakta sebegini daripada membuat tuduhan melulu tanpa bukti.

Dasar tolak ansur orang Melayu juga telah memberi peluang kepada kaum India untuk mendapat suara di Parlimen walaupun peratus kaum India tidak sampai pun 10 peratus. Seawal pilihan raya pertama pada tahun 1955, walaupun kaum India hanya meliputi 3.9 peratus daripada pengundi berdaftar dan kaum Cina hanya 11.2 peratus, pemimpin Melayu atas dasar berkongsi kuasa telah memperuntukkan 15 kerusi kepada kaum Cina dan dua kerusi kepada kaum India daripada sejumlah 52 kerusi yang dipertandingkan, walaupun orang Melayu mampu menang tanpa berkongsi kuasa kerana mereka menguasai 84.2 peratus kuasa mengundi.

Ini berterusan sehinggalah pada pilihan raya lalu di mana kaum India menang di tujuh kerusi Parlimen dan 14 DUN yang majoriti Melayu termasuklah wakil MIC yang bercakap di Parlimen baru-baru ini mengenai kaum mereka dipinggirkan tanpa menyedari beliau sendiri menang di kawasan majoriti Melayu. Atas dasar tolak ansur dan kerjasama yang wujud begitu lama juga pengundi Melayu di Ijok sanggup membiarkan calon Melayu kalah di Ijok dan memejam mata untuk mengundi calon MIC. Apakah ini bukan pengorbanan. Inikah yang di panggil 'pembersihan kaum'?

Dalam bidang ekonomi juga, kaum India lebih terkehadapan. Malah empat orang India terkaya di Malaysia memiliki jumlah kekayaan tiga kali ganda lebih banyak daripada 10 orang Melayu daripada jumlah 40 orang terkaya di Malaysia, sedangkan salah seorang dari yang terkaya itu, ayahnya hanyalah seorang kerani FELDA, satu-satunya agensi yang ditubuhkan oleh Tun Abdul Razak Hussein untuk orang Melayu.

Pendapatan Purata Bulanan Isi Rumah antara kaum juga menunjukkan nisbah kaum India lebih tinggi berbanding Melayu iaitu 1.27:1 atau sebanyak RM3,456 bagi kaum India berbanding RM2,711 bagi kaum Bumiputera. Kadar kemiskinan tegar di bandar kaum India juga jauh lebih baik berbanding Bumiputra iaitu 0.2 bagi India dan 0.7 Bumiputera, tetapi di luar bandar kadar kemiskinan Bumiputra 3.3 peratus berbanding kaum India hanya 0.5 peratus.

Seperti kata pepatah, 'Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung', maka untuk mengeluar perkataan seperti 'penghapusan kaum' amat keterlaluan bagi sebuah NGO yang kononnya didukung golongan terpelajar apatah lagi di dalam masyarakat di mana adat dan budaya masih menjadi pegangan penting.

Roslan Mohd Latif
Presiden Alumni Melayu Amerika Utara (ALMA)

Thursday, December 6, 2007

DAMAI MALAYSIA KECAM DEMONSTRASI JALANAN


Dipetik dari blog Publius Melayu


DAMAI MALAYSIA, ia itu gabungan lebih 400 NGO hari ini mengecam HINDRAF, BERSIH dan Majlis Peguam Malaysia di atas kecenderungan mengadakan demonstrasi jalanan.

Dengan di hadiri ratusan penyokong di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pagi tadi, DAMAI MALAYSIA sekeras-kerasnya menekankan bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia sekarang ini.

Turut berucap menyuarakan sokongan kepada status quo perpaduan kaum dan keamanan di Malaysia di perhimpunan tersebut termasuk wakil-wakil dari pertubuhan Cina, India, Cina Muslim, Sikh dan banyak lagi.

Ucapan oleh wakil ALMA (Alumni Pelajar Amerika Utara), Roslan Latif, antara yang diberi tepukan gemuruh. Roslan menyetuh tentang pelbagai isu pokok termasuk kontrak sosial selain mengimbau kembali keperihatinan dan sikap kesabaran dan terbuka masyarakat Melayu terhadap kaum lain sejak berzaman.

Hindraf’s allegations untrue, says Karpal

Allegations by the Hindu Rights Action Force (Hindraf) that the Government was carrying out ethnic cleansing and had committed atrocities against Indians in Malaysia are baseless and untrue, said lawyer Karpal Singh.

He said he felt surprised that Hindraf leaders would make such charges and hoped that they would be more responsible when uttering such statements.

He said the manner in which Hindraf's rally on Nov 25 was carried out was not right.


Wednesday, December 5, 2007

Kenyataan Presiden Majlis Peguam Malaysia berhubung pembatalan perarakan hak asasi


Dipetik dari blog Publius Melayu


Presiden Majlis Peguam lebih rela membatalkan rancangan perarakan hak asasi pada Ahad 9 Disember ini daripada memohon permit.

Jika Majlis Peguam memohon permit, tindakan permohonan itu sendiri akan menunjukkan Majlis Peguam bersetuju bahawa hak asasi hanya boleh di amalkan di Malaysias tertakluk kepada kebenaran daripada pihak berkuasa. Ini, menurut mereka, bukanlah definisi hak asasi yang di pegang Majlis Peguam.

Komen blogger: Betul ke majoriti peguam berfikiran begitu? AGM Bar Council dihadiri hanya oleh segelintir peguam. Apakah ini perangainya orang yang angkuh dengan kelulusan undang-undang? Yang peliknya, apakah mereka tidak memahami bahawa undang-undang dibuat oleh wakil rakyat. Kalau tidak oleh wakil rakyat oleh siapa? Mana boleh kita kumpulkan 27 juta orang di satu lokasi dan berbincang hal penggubalan undang-undang? Tak praktikal! Patut lah orang Melayu mengilhamkan istilah LAWYER BURUK! Golongan orang seperti inilah yang begitu taksub dengan pemikiran bahawa undang-undang buatan manusia mengatasi undang-undang tuhan.

Monday, December 3, 2007

PERMINTAAN & DESAKAN HINDRAF dan realiti


Dari blog Publius Melayu


Permintaan-permintaan HINDRAF

Berikut ialah permintaan asal mereka:

  1. Pembayaran gantirugi sebanyak £1 juta daripada kerajaan Britain untuk tiap seorang rakyat Indian Malaysia.
  2. Hentikan apa yang mereka dakwa sebagai pembinasaan sengaja kuil-kuil Hindu. Pembayaran ganti rugi sebanyak RM10 juta bagi setiap satu.
  3. Hak sama dalam pendidikan dan pekerjaan
  4. Tambahan bantuan kepada 523 buah sekolah Tamil

Permintaan-permintaan baru HINDRAF

  1. Perjumpaan dengan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi Ahad ini.
  2. Penubuhan sebuah jawatankuasa baru bagi membantu menangani masalah-masalah yang dihadapi kaum India.
  3. Desakan supaya dibebaskan kesemua tahanan berbangsa India dari sebuah penjara di Johor.
  4. Perlantikan seorang yang bukan Melayu sebagai Timbalan Perdana Menteri.
  5. Jawatan Menteri Kewangan diberikan kepada seorang Cina.
  6. 20 peratus daripada kesemua jawatan tertinggi dalam kerajaan dan swasta diberikan kepada kaum India bagi tempoh 15 tahun akan datang.
  7. Sekurang-kurangnya 20 orang Ahli Parlimen Pembangkang dilantik oleh masyarakat India.

Komen blogger:

Renungkan kesemua permintaan di atas dan bandingkan dengan keadaan sebenar di depan mata kita di Malaysia behubung kaum India yang hanya merangkumi 8 peratus daripada jumlah bilangan penduduk negara.